Akhirnya~

Dah lama tak update blog ni..sorry guys, sibuk sikit kebelakangan ni…alhamdulillah, cerpen pertama ada pembaca yang komen..saya tak kisah positif or negatif, saya ambik komen tersebut untuk improve lagi karya saya.. Saya nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang baca karya saya, sama ada silent reader.. Nak tanya,ada tak yang masih tertunggu-tunggu karya saya yang seterusnya?

Cerpen: My Love, My Husband

‘Walid nak Mira kerja dekat syarikat FM Trading’ ucap Tan Sri Haris.

‘Kerja? Mira baru jer habis belajar, bagilah Mira rehat dulu’. Aku memberi isyarat kepada umi supaya memujuk walid.

‘Mira dah 3 bulan berehat, esok walid nak Mira pergi syarikat tu. Keputusan walid muktamat’ ucap Tan Sri Haris dengan tegas.

‘Baiklah, mira setuju dengan keputusan walid’. Aku terus masuk bilik.

Aku tak boleh membantah bila walid dah membuat keputusan yang tak boleh diubah. Umi pun tak boleh kata apa, mungkin sudah tiba masanya untuk aku bekerja.

‘Abang rasa betul ke dengan cara kita ni?’ soal Puan Sri Anis. Risau dengan keadaan anaknya.

‘Betul, awak tak perlu risau’ ucap Tan Sri Haris sambil tersenyum.

——————————————————————–
Aku berdiri di hadapan bangunan FM Trading, ‘mak ai tingginya’ omel dalam hati. Aku kena berjumpa dengan setiausaha ceo yang sarat mengandung sebab aku akan mengantikannya selama 6 bulan.

Aku kena naik tingkat 15 selepas bertanya di kaunter penyambut tetamu. Kerek juga orangnya, tanya sikit pun nak marah.

‘Kak Mai kan?’ soal aku kepada wanita di meja depan pintu ceo.

‘ ha ah, cik Nurul Amira Binti Haris? soalnya balik kat aku. Saje aku tak letak Tan Sri kat borang butiran, lagipun Tan Sri hanya gelaran bukan ada dalam ic pun.

‘Yup, tak payahlah panggil cik . Panggil saya Nurul cukup’ ujar aku dengan sopan.

‘Baiklah Nurul, boss tak masuk lagi. Nurul duduk dulu, nanti lepas jumpa boss baru akak bagitahu tugas Nurul’ ujar kak Mai kat aku.

Lama jugalah aku tunggu, pukul 9 baru dia masuk pejabat. Sempat jugalah aku tidur sebab bosan menunggu tapi nasib baik sedar sebelum boss masuk.

‘Kau akan jadi setiausaha aku yang baru selama 6 bulan ni. Nama aku Tengku Shahril Ibrahim, kau boleh keluar dan jumpa kak Mai untuk tahu tugas kau’ ucap Tengku Shahril.

‘Ini cara kau sambut orang, salam tak ada untuk permulaan perkenalan. Kalau dia bukan boss aku, dah lama kena penumbuk aku’geram aku dalam hati.
Aku keluar dari biliknya, menuju ke meja kak Mai.

‘Kak nape dengan boss tu, angin semacam jer pagi ni? soal aku kepada kak Mai.

‘Ada masalah kot, meh kak bagitahu tugas Nurul’ ucap kak Mai.
——————————————————————–
Aku dah bekerja kat sini 3 bulan, semua orang baik jer dengan aku kecuali boss. Aku tak fahamlah, setiap hari kena buat air kat dia dan lunch dengan dia setiap hari. Rasanya ada jer mak cik pantri buat kan air untuk dia tapi aku juga kena bancuhkan. Kalau ikut dia pergi tempat client tak apalah sebab tu salah satu tugas aku.

‘Dah lama aku berdiri depan kau, mengelamun jer kerja. Jom lunch’ ujar dia lalu pergi tanpa aku berkata.

Makan dekat depan ofis jer, restoran masakan utara. 3 bulan aku makan kat sini, tak muak sebab setiap hari berlainan lauk. Rindu dengan masakan umi, aku sibuk setiap hari sebab boss depan aku ni bagi banyak kerja.

‘You, ada kat sini. I contact you tak jawap, why?’ Soal minah mana entah datang dari mana dengan pakaiannya tak cukup kain.

‘Aku dah cakap kat kau yang kita dah tak ada apa-apa hubungan. Sejak kau curang belakang aku, cinta aku terhadap kau dah terhapus’ tegang terus muka boss aku cakap kat minah tu.

‘I minta maaf, silap I curang belakang you tapi you selalu sibuk sampai tak ada masa untuk I. I kesunyian dan khai datang untuk memenuhi kesepian I. I cintakan you, kita sambung hubungan cinta kita balik? Soal minah tu dengan muka sedih.

‘Sudahlah aku dah muak dengan rayuan kau ni. Aku ada berita nak bagitahu kau, dia bakal isteri aku. Tak lama lagi aku akan kahwin dengan dia, tunggu kad undangan dari aku’ ucap Tengku Shahril dengan tenang. Minah tu dah nangis dan aku terkejut, ‘selamba badak dia cakap aku ni bakal isteri dia’ omel dalam hati.

‘Sampai hati you, selama 3 tahun kita bercinta ni yang I dapat. Ok, fine. I akan tunggu kad undangan dari you tapi I nak you heboh berita ni kepada media. Kalau you tipu, perempuan ni akan I kerjakan’ ucap minah tu sambil tunjuk jari dia yang cantik tu kat aku.

‘Apa ni boss, sejak bila saya ni bakal isteri boss?’ Soal aku lepas minah tu pergi dari restoran ni.

‘Kau diam, ikut jer cakap aku. Nanti aku selesaikan hal ni’ ucap Tengku Shahril.
———————————————————————————
‘Hai, jom pergi lunch dengan saya’ ucap mamat tadi yang main masuk bilik boss ofis macam sesuka hati dia. Rupanya dia kawan boss aku, penat aku halang dia masuk.

‘Hai, sorrylah saya puasa hari ni’ alamak dia ajak lunch pulak, dahlah aku selalu lunch dengan boss. Tipu sunat tak apakan, dia bukan sesiapa pun bagi aku.

‘Awak jangan nak tipu saya, cuba awak tengok atas meja awak ni, gelas siapalah ni’ ucapnya sambil menunjuk jari ke arah gelas minumanku.

‘Er..baiklah, tapi kali ni jer saya lunch dengan awak’ putusku. Kesian pulak tengok muka dia yang berharap sangat aku setuju lunch dengan dia.

Mamat tu suka masakan western, sebelah restoran masakan utara. Bolehlah, sekali sekala tukar selera. Masa mamat tu tanya soalan kat aku, aku melihat boss datang ke arah sini. ‘Alamak habislah’ desisku.

‘Boleh aku join makan sekali?’ucap Tengku Shahril kepada kami. Aku dah pandang ke lain, biar mamat tu jawap. Tiba-tiba aku rasa kerusi sebelahku ditarik lalu dia order makanan. Keadaan menjadi tegang sampai makanan tiba, masing-masing makan dengan senyap.

‘Aku nak pergi toilet jap’ ucap mamat tu lalu meninggalkan aku bersama boss. Aku rasa dari tadi ada orang pandang aku sampai habis makan.

‘Aku dah bagitahu kau yang lunch dengan aku jer, nape kau lunch dengan dia? Seronok makan dengan kekasih?’ Soalnya dengan nada marah.

‘Dia bukan kekasih sayalah, saya tak sampai hati menolak hasratnya. Lagipun, saya dah muak makan dengan boss’ terlepas cakaplah pulak. Tengku Shahril terus melangkah pergi lepas meletakkan duit di atas meja.

Hubungan aku dan boss semakin dingin, bercakap hanya perkara penting jer. Sejak kejadian tu, aku dah tak lunch bersama boss. Mastura dan Nisa menjadi temanku masa lunch.
———————————————————————————
‘Mira dah jadi tunangan orang dan sebulan lagi majlis kahwin?’ Soal aku dengan terkejut apabila walid beritahu yang aku ni tunangan orang.

‘Walid dah lama menerima pinangan tu, saja walid rahsiakan sebab kamu tu selalu membantah dengan cadangan walid. Lagipun, pinangan tu dari kawan walid dan kami dah lama merancang untuk menyatukan kamu berdua’ ucap Tan Sri Haris dengan tenang.

‘Tapi, Mira tak bersedia dan Mira nak bakal suami yang kacak,kaya dan ada six pack’ saja aku beri alasan supaya walid batalkan hasratnya.

‘Mira tak perlu risau, walid pilih yang terbaik untuk Mira. Walid yakin dia boleh jaga kamu, Mira setuju yea? Soalnya.

‘Baiklah, Mira setuju tapi Mira tak nak berjumpa dengannya sampai majlis akad nikah’ ucap aku lepas lama berdiam diri.

‘Umi gembira yang Mira setuju dengan hasrat kami, Mira tak perlu risau tentang persiapan majlis. Mira hanya pergi Butik Cahaya Kasih untuk tempah baju kahwin nanti’ ucap Puan Sri Anis dengan teruja.

Aku melangkah masuk bilik dengan pelahan. Siapalah bakal suamiku, kacak ke tak?.Aku suka boss tapi boss suka aku ke?, mungkin kita tak ada jodoh. Aku terlelap semasa memikirkan hal tu.
———————————————————————————
Beberapa hari jer lagi untuk majlis perkahwinan aku dan hari ini last aku bekerja kat sini. Aku akan merindui kawanku, mastura dan nisa. Aku dah edarkan kad kahwin kepada mereka dan sekarang aku berdiri di depan pintu bilik boss untuk memberikannya juga. Aku ketuk pintu dan mendengar arahan masuk darinya.

‘Boss, hari ni last saya kerja kat sini dan sabtu ni saya akan kahwin. Ini kad undangan untuk boss, boss kena datang tau’ ucap aku dengan ceria walhal dalam hati sedih.

‘Hmm, tengok dululah macam mana. Aku sibuk sabtu ni’ ucap Tengku Shahril tanpa mengangkat muka.

‘Ala boss, datang kejap pun tak apa. Janji boss datang’ rayu aku walhal nak tengok dia sebelum dia menjadi isteri orang.

‘Aku cakap aku sibuk! Kau tak faham bahasa ke?’marah Tengku Shahril.

‘Ok,fine. Saya pun tak harap sangat awak datang’ terus aku keluar tanpa berpaling muka.

‘Aku cakap baik, dia pulak marah aku. Dahlah aku kena lupakan dia dan cuba membuka hati untuk bakal suami aku’ omel dalam hati. Aku terus pandu balik rumah.
———————————————————————————
Sudah tiba hari perkahwinan aku, majlis akad nikah dilakukan di perkarangan rumah bakal suami aku. Aku dimekap dengan simple jer sebab muka aku dah cantik (perasan lawa). Abang dan kakak aku semua balik sebab aku adik bongsu, tak sangka adiknya yang nakal ni bakal khawin.

‘Aku terima nikahnya Nurul Amira Binti Haris dengan mas kahwinnya…..’ Ucap bakal suamiku, suara macam kenal tapi perasaan aku jer kot.

‘Sah?’ Ucap Tan Sri Haris kepada para saksi.
‘Sah’ ucap mereka lalu membaca doa.

Kini aku sah menjadi isteri orang, sedih dan gelisah bercampur aduk. Aku tunduk muka aku sebab berdebar nak tahu siapa suaminya, sebelum ni degil tak nak tahu.

‘Assalammualaikum, angkatlah muka sayang’ ucapnya.

‘Waalaikummussalam, hah?’ Ucap aku dengan gagap. Sayang? Terus aku angkat muka lalu aku pengsan di bangkunya.

Heboh majlis tu sebab pengantin perempuan pengsan, ada yang geleng kepala, ketawa dan tertanya-tanya apanya berlaku.
———————————————————————————
Aku rasa pening dan silau apabila buka mata. ‘Aku kat mana ni? Apa yang berlaku?’ soal aku dalam hati.
Selepas berapa minit baru aku sedar apa yang berlaku, aku pengsan lepas tengok muka suami aku. Dia..

‘Sayang dah sedar?, ni air untuk sayang’ ucap suamiku sambil menghulur gelas kat aku.

Aku tak berkata apa-apa lalu mengambil air tu. Lepas minum aku terus diamkan diri, keliru dengan keadaan sekarang.

‘Abang tahu mesti sayang keliru dengan semua ni tapi abang pun baru jer dapat tahu yang sayanglah isteri abang sebelum akad nikah tadi’ ucap Tengku Shahril sambil pegang bahu aku.

‘Berapa lama saya pengsan?’ Ucap aku dengan gagap.

‘ 5 jam sayang pengsan, sayang nak makan?’ soalnya.

‘Owh.. tak apalah, saya nak solat maghrib dan isyak dulu’ ucap aku dengan sopan. Akad nikah lepas asar tadi, aku melangkah masuk bilik air.

Tengku Shahril tunggu aku sampai sudah solat, ‘alamak nape dia tak turun bawah, seganlah nak cakap dengan dia. Bukan kau cintakan dia ke, sepatutnya aku gembira’ omel dalam hati. Masa aku tengah mengelamun dia bersuara.

‘Dah, jom kita tidur. Esok kita bincang sekali dengan walid, umi, papa dan mama pasal hal ni’ ucap Tengku Shahril.
——————————————————————————–
‘Walid dengan papa dah lama merancang untuk satukan kamu, kamu pun dah kenal masa bekerja dulu’ ucap walid. Papa duduk sebelah walid juga menganguk kepala.

‘Mama dan umi pun rasa kamu serasi bersama, cepat bagi kami cucu. Shah bukan muda lagi, umur dah 30 tahun. Mira pun dah 25 tahun’ ucap mama yang baru keluar dari dapur bersama umi.

‘Relaxlah ma, kami baru jer khawin. Biar kami kenal hati masing-masing dulu’ ucap Tengku Shahril dengan nada mengusik.

Aku menahan malu dengan usikan abang dan kakak aku pasal aku pengsan semalam, kata yang aku terpegun dengan kekacakan dia. Adanya cakap suami yang tak diduga datang, banyak andaian dibuatnya.

‘Nanti kamu nak honeymoon kat mana? atau nak kami sponsor?’ soal papa menyedarkan aku dari mengelamun.

‘Kami belum fikirkan lagi, Shah tak ambik cuti panjang. Banyak kerja kat ofis tu, ambik cuti 3 hari jer. Abang harap sayang faham’ ucapnya sambil pandang kearah aku dengan kenyit matanya.

‘Er.. Saya ikut jer aw…abang’ ucap aku gagap. Tak biasa panggil abang. Yelah, abang aku yang sulung, along. Kakak aku, angah. Abang aku yang kedua, alang.

‘Waktu zuhur dah masuk kami nak atas dulu yea’ ucap Tengku Shahril sambil memegang tangan aku. Saat kami tiba di tingkat dua, bertembung dengan along.

‘Baru siang dah masuk bilik’ usik along. Muka aku dah merah, suamiku senyum. ‘Mentang-mentang dulu aku kenakan dia dan kak ain, balas balik rupanya’ omel aku.

Aku terus masuk bilik meninggalkan along dan suamiku yang rancak berborak. Aku masuk bilik air untuk ambik wuduk, masa aku keluar dia dah betangkan sejadah.
———————————————————————————
Selepas solat isyak, dia suruh tunggu jangan tidur lagi. Aku ada banyak soalan nak tanya kat dia. Pintu bilik berbunyi seperti ada orang masuk, aku terus pandang dia. Senyum pulak dia, aku dah nevours.

‘Abang berterus terang yang abang cintakan Mira, mungkin mira tak cintakan abang tapi abang akan buat mira jatuh cinta’ ucap Tengku Shahril dengan memegang tangan aku.

‘Saya pun cintakan aw..abang’ ucap aku sambil menundukan kepala. Tengku Shahril terus peluk aku.

‘Sayang serious cintakan abang?’ Ucap Tengku Shahril dalam keadaan berpeluk.

‘Mira tak pasti bila cinta tu hadir tapi sejak walid kata yang mira akan kahwin, mira rasa rindukan aw..abang’ ucap aku sambil tersenyum.

‘Abang happy sangat sayang, lepas ni guna panggilan abang-sayang atau nak hubby-honey?’ Ucapnya dengan manja.

‘Saya suka panggilan abang-sayang’ Terus aku bersembunyi muka aku kat dada dia. Dia senyum nakal, malam tu hanya mereka tahu apa yang berlaku.
——————————————————————————– 
‘Sayang…temanlah abang kat sini’ rengek Tengku Shahril.

Aku baru jer habis masak, walaupun membebel dalam hati tapi aku melangkah juga ke kolam renang. Lepas balik joging terus pergi mandi kat kolam renang. Tunggu aku habis masak katanya.

‘Abang dahlah tu mari naik, sayanh dah habis masak’ ucap aku, boleh lagi dia berenang masa aku suruh dia naik.

Dia menghulurkan tangan supaya aku menolong dia naik tapi kali ini aku tak akan terpedaya. ‘Sayang tak akan tolong abang naik, sayang tunggu kat meja makan’ ucap aku terus melangkah pergi tinggalkan dia walaupun dia merayu tolong dia. Selama ni aku tak berasa yang dia ada six pack, malu bila memikirkannya.

‘Nakal isteri abang ni, kalau abang nak makan sayang, boleh?’ Ucap Tengku Shahril sambil peluk pinggang aku.

‘Abang jangan nak mengatal, lepas ni kita kena pergi beli barang dapur’ aku cuba melepaskan diri dari pelukan tapi semakin erat dipeluknya.

‘Baiklah sayang, tapi ada syaratnya’ Tengku Shahril senyum nakal. Layan jerlah manja dia ni, suami siapalah ni.
———————————————————————————
Masa aku dan dia sibuk membeli barang dapur datang seorang wanita. ‘Hi sayang, I rindu u. Bila kita nak keluar bersama?, lama I tak bermanja dengan u’ ucap minah gedik tu lalu memegang lengan suamiku.

Aku terpinga-pinga dengan apa yang berlaku, muka suamiku dah bertukar merah macam tahan marah. Baru jer suamiku tadi nak usik aku alih-alih minah gedik tu datang, suamiku tolak tangan minah gedik tu.

‘Aku dah bagitahu kau yang aku tak suka kau ganggu hidup, aku dah ada isteri yang aku cintai. Jangan sampai aku bagitahu Dato Kamal tentang peragai kau yang goda laki kat luar sana, jaga suami kau tu baik-baik’ ucap Tengku Shahril dengan tegas. Terus minah tu hentak kaki dan blah.

‘Sayang jangan dengar cakap dia tadi. Abang tak ada apa-apa dengan dia, dia isteri kedua Dato Kamal yang sayang jumpa kat ofis abang. Sayang percaya abang kan?’ jelas Tengku Shahril sambil memegang tangan aku.

‘Sayang percaya pada abang. Tapi, sayang tak nak abang jumpa dia lagi. Dah jom kita pergi bahagian basah’ aku tarik tangan suamiku, tak nak besarkan hal tadi.
———————————————————————————
Aku tersedar apabila kepala rasa pening dan nak demam, lepas suamiku pergi kerja aku terlelap kat sofa. Aku pandang meja makan dan suamiku lupa bawak bekalnya, terus aku bersiap untuk hantar makanannya. Aku tak bagitahu dia yang aku nak datang, nak kasi suprise kat dia.

‘Kak Mai, suami saya ada dalam bilik?’ sapa aku kat setiausaha suamiku.

‘Tak ada lah Nurul, rasanya suami Nurul masih kat bilik mesyuarat. Ada tetamu datang tadi lepas mesyuarat tadi’ jelas Kak Mai. Aku suruh Kak Mai panggil aku macam biasa, tak payahlah tambah ‘Puan’.

Aku melangkah ke bilik mesyuarat, aku masuk…. terjatuh bekal dari tanganku. Aku menjerit panggil nama dia, dia paling muka dengan reaksi terkejut. Terjatuh perempuan tu dari riba dia, suamiku terus melangkah ke arah aku. Perempuan tu terus keluar dari bilik tu.

‘Sayang, perempuan tu sengaja jatuh atas riba abang. Tadi abang rasa pening lepas minum air, dia nak urut kepala abanh tap abang tepis tangan dia dan suruh dia keluar. Tiba-tiba dia duduk atas riba abang. Sayang, abang hanya cintakan sayang.’ jelas Tengku Shahril sambil memegang bahuku.

‘Sukar untuk saya percaya cakap awak kerana saya melihat perkara tadi dengan mata sendiri. Sampai hati awak menduakan saya, saya percaya awak selama ni. Berapa banyak perempuan yang awak peluk’ sindir aku kepadanya. Hilang panggilan sayang-abang, sakit pening aku semakin kuat.

‘Apa yang sayang cakap ni, mana ada abang peluk perempuan lain. Kejadian tadi tak disangka jadi macam tu. Abang hanya cintakan sayang. Abang kecewa dengan sayang sebab perkara tadi sayang dah tak percaya abang’ saat Tengku Shahril keluar dari bilik, aku ingin mengejarnya tapi aku rasa sakit di kepala semakin kuat dan aku terus pengsan.

Aku merasakan ada suara menjerit namaku dan mengangkat aku. Lepas tu, aku dah tak dengar apa-apa.
———————————————————————————
Aku mendengar suara berbual dan cahaya yang menyinar di mataku. Aku dimana? Nape bilik ni putih? Tadi aku di…

‘Sayang maafkan abang, ni semua salah abang. Kalau abang tak marah sayang mesti sayang tak pengsan. Sayang bangunlah, hubby rindukan sayang’ suara tu aku kenal.

Aku membuka mata dan melihatnya keadaan tak terurus. Mukanya penuh dengan air mata dan rambut yang kusut. Dia menunduk kepalanya ke sisi katil aku. Aku meramas kepalanya, jatuh kesian aku terhadapnya. Dia terus mengangkat kepala apabila aku meramas rambutnya.

‘Sayang dah sedar, abang panggil doktor kejap’ ucapnya dengan nada gembira.

Dia kembali bersama doktor dan jururawat. Doktor mengesahkan yang aku stabil tapi kena banyak berehat sebab aku bawa satu nyawa di rahimku. Muka suamiku gembira habis bila doktor mengesahkan yang aku mengandung 3 minggu.

‘Sayang maafkan abang sebab tak jaga sayang dengan baik’

‘Sepatutnya sayang yang kena meminta maaf dengan abang sebab tak percayakan abang dan menuduh abang ada perempuan lain’

‘Abang sentiasa memaafkan sayang. Kita mulakan hidup baru dengan baby kita, lupakan kisah silam’

Aku menganguk dan memeluk suamiku dengan erat seperti tak mahu melepaskannya. Lepas aku keluar dari hospital, perempuan tu minta maaf kerana berniat nak goda suamiku. Perempuan tu yang aku jumpa kat Tesco hari tu, isteri kedua Dato Kamal. Dia telah bercerai dengan Dato Kamal akibat perangainya mengoda laki lain lepas kantoi berasmara dengan kekasihnya.
———————————————————————————
8 bulan berlalu~

Banyak kerenah aku buat sejak aku mengandung, suamiku tahan jer dengan permintaan aku. Ada sekali aku nak naik motor dalam 6 bulan usia kandunganku, jenguh nak pujuk hubby aku ni. Apapun, semua tu kenangan kami bersama. Kini, aku hanya tunggu masa untuk bersalin tapi hari ini adik iparku kahwin. Aku melangkah pelahan-lahan pergi ke meja adik iparku.

‘Hati-hati kak long, meh alang tolong bimbing ke sana’ ucap adik suamiku yang ketiga, Tengku Nur Alisa.

‘Mak boyot dah mari, perut kak along dah besar sangat ni’ ucap kembar suamiku, Tengku Nur Aleeya. Aku hanya senyum sebab penat berjalan.

Tak sangka suamiku ada kembar, masa kandunganku usia 2 bulan baru aku berjumpa dengannya. Korang mesti tertanyakan? Yup, kandungan aku kembar. Mula, tak sangka tapi lepas suamiku beritahu yang dia ada kembar, barulah aku percaya. Kami tak mahu tahu jantinanya sebab nak tahu masa bersalin nanti. Heboh satu rumah meneka jantina baby.

‘Sayang, abang bawak makanan ini. Sayang rasa macam mana? Dah tiba masa untuk bersalin?’ soal Tengku Shahril dengan cemas. Biasalah kelahiran baby yang pertama, tak sabar nak melihat mereka.

Aku hanya menggeleng tanda aku okay, lepas tu dia minta diri untuk berjumpa dengan kawannya yang hadir di majlis ni. Masa aku mengelamun, aku rasa air ketubar dah pecah terus aku panggil suamiku. Suamiku cemas habis, terus angkat aku masuk kereta tanpa bawak dokumen dan baju baby.

Aku mula sedar selepas bertaruh nyawa melahirkan anak kembarku, aku selamat melahirkan dua putera yang bernama Tengku Zafwan Aqil dan Tengku Zafril Aqil.

‘Sayang thanks sebab sanggup bertaruh nyawa untuk melahirkan zuriat kat abang,  I Love You so much, ucap Tengku Shahril sambil mencium ubun-ubunku.

Aku hanya mampu senyum, penat tak hilang lagi. Ramai saudara mara yang datang menziarahi aku, ada yang call menyampaikan ucapan tahniah.

‘Sayang kena bagi abang baby setiap tahun’ usik suamiku lepas aku habis pantang di rumah Mama. Umi dan walid pergi haji waktu aku berpantang.
———————————————————————————
7 tahun berlalu~

‘Lepas tu apa mummy?’ Tanya anak kembarku yang pertama.

‘Mummy nak dengar lagi’ soal anak kembarku yang kedua.

‘Bahagia tak puteri tu?’ ni anak aku yang ketiga, Tengku Shahrul Iman.

‘Mummy lapar, nak makan’ anak aku yang keempat,  Tengku Syamim Imran

‘Nak..usu..usu..nak..usu’ anak aku yang kelima, Tengku Khalish Naim.

Aku duduk depan mereka dengan meriba anak aku yang keenam yang baru berusia 5 bulan, Tengku Siti Aisyah. Anak kembarku dah 7 tahun, kedua 5 tahun, ketiga 4 tahun, keempat 3 tahun dan kelima 1 tahun 6 bulan.

Bunyi enjin kereta masuk jer, terus anak-anak puteraku berlari menyambut daddynya. Aku melangkah ke dapur untuk buat susu, riuh suara anak-anak aku bila dapat sesuatu dari suamiku.

‘Sayang, nape masuk dapur ni. Abang dah pesankan jangan masuk dapur, sayangkan tengah mengandung’ resah Tengku Shahril terus mengambil Tengku Aisyah dari dakapanku sambil mengusap kandungan aku yang berusia 2 minggu.

‘Sayang nak buat susu untuk Khalish, abang beli apa tadi untuk anak-anak? soalku lepas siap buat susu sambil tarik tangan suamiku melangkah ke ruang tamu.

‘Abang beli cokies dan lolipop kat diorang, khalish meh sini’ ucap Tengku Shahril lalu memanggil Khalish ke sini. Aisyah terlena dalam pelukan suamiku, Khalish menghampiri aku dan dia dengan menitis air mata.

‘Daddy, Along tak kasi Khalish makan lolipop’ rengek Khalish dengan tersenguk-senguk. Botol susu masih ditangan suamiku.

‘Khalish kecik lagi sayang, tak boleh makan benda manis. Minum susu ni, lepas tu pergi tidur’ Tengku Shahril mengusap kepala Khalish sambil menghulur botol susunya.

Tengku Shahril meletakan Aisyah di baby coat, lepas tu dia menarik tanganku, hampir bibirku menyentuh bibirnya. Tangannya melingkar di pinggangku, dia berbisik ‘ I Love You, Sayang’ dengan nada romantik. Aku malu lalu menyembunyikan muka di dadanya, anak-anak berada di bilik permainan. Semakin tua semakin romantik dia ni, harap kebahagian kami berkekalan.

*Ini cerpen pertama saya, beri komen atau teguran tentang karya saya. (Edit)